Wordwall Quiz
17 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kuiz iaitu Wordwall. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang maro. Objektif utam kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir peserta. Wordwall adalah platform yang dapat digunakan untuk membuat media pembelajaran lebih interaktif seperti game, quiz dan lainnya. Selain itu juga, terdapat banyak template yang boleh digunakan secara berkesan supaya kelas lebih seronok dan tidak membosankan.Dalam kelas tersebut mereka dibimbing untuk menjawab soalan kuiz, menyusun puzzle dengan pelbagai tema. Dengan adanya kelas seperti berikut peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara gratis dan lebih baik. Oleh itu, saya berharap lebih ramai peserta yang lain dapat mengikuti kelas-kelas di NADI Batang Maro.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: